Skip to main content

Maths Module Helper

Siapa kami?

Projek ini dinamakan Maths Module Helper dan dibina oleh pelajar 3BWA UTHM. Kami ingin meningkatkan pemahaman anda terhadap matematik melalui projek ini. Oleh itu, Laman web ini akan mengandungi beberapa topik berkaitan dengan mata pelajaran matematik bagi pelajar Tingkatan 5. Kandungan yang dibangunkan merangkumi silibus bagi membolehkan pelajar membuat capaian pembelajaran dengan lebih mudah dan cepat. Harap bermanfaat kepada anda.

Objektif Kami

Objektif yang kita ingin disampaikan iaitu

  • Menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk belajar tajuk-tajuk yang dikehendaki.
  • Menggalakkan pengguna memanfaatkan aplikasi gadjet dengan sebaik mungkin.
  • Menjimatkan masa pengguna untuk memahami kandungan.

Maklum Balas

Kami amat berharap untuk menambahbaikkan kandungan kami. Oleh itu, berharap pengguna dapat memberi maklum balas kepada kami melalui google form ini. Pendapat anda amat bermanfaat 

Bab 1 Ubahan

Ubahan adalah suatu bahagian

Bab ini akan menerangkan ubahan 

  • ubahan langsung
  • ubahan songsang
  • ubahan gabungan

Bab 2 Matriks

Bab ini akan menerangkan Matriks

  • Matriks
  • Operasi Asas Matriks

Bab 3 Matematik Pengguna: Insurans

Bab ini akan menerangkan Matematik Pengguna: Insurans

Bab 4 Matematik Pengguna: Percukaian

Bab ini akan menerangkan Matematik Pengguna: Percukaian

Bab 5 Kekongruenan, Pembesarandan Gabungan Transformasi

Bab ini akan menerangkan Kekongruenan, Pembesarandan Gabungan Transformasi

Bab 6 Nisbah dan Graf Fungsi Trigonometri

Bab ini akan menerangkan Nisbah dan Graf FungsiTrigonometri

Bab 7 Sukatan Serakan Data Terkumpul

Bab ini akan menerangkan Sukatan Serakan Data Terkumpul

Bab 8 Pemodelan Matematik

Bab ini akan menerangkan Pemodelan Matematik

Bab 1 Ubahan

Topik ini membincangkan tentang Bab 1 ubahan matematik tingkatan 5. Bab ini mempunyai 3 subtopik iaitu ubahan langsung, ubahan songsang dan ubahan gabungan.Kami juga menjelaskan dengan lebih mendalam tentang subtopik ubahan tersebut. Di dalam video ini juga, kami sertakan beberapa contoh soalan yang berkaitan dengan topik ubahan serta jalan penyelesaiannya.

Bab 2 Matriks

Video ini menjelaskan tentang Bab 2 iaitu Matriks yang diambil daripada buku teks Matematik Tingkatan 5. Video pengajaran ini dihasilkan dalam versi bahasa melayu dan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Video pengajaran ini sangat menarik dan mempunyai penerangan yang jelas dan ringkas. Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan soalan yang sesuai supaya pelajar akan memahami topik ini dengan lebih mendalam. Selamat menonton.

Bab 3 Matematik Pengguna: Insurans (Part 1)

Topik ini akan membincang tentang risiko dan perlindungan insurans terhadap pemegang polisi. Perlindungan insurans adalah sangat penting kerana kita terdedah dengan pelbagai risiko yang tidak terduga. Oleh itu, insurans akan membantu kita untuk menangani ketidakpastian dan kerugian yang bakal dihadapi. Insurans dibahagi kepada tiga jenis iaitu insurans am, insurans hayat dan insurans berkelompok.

Bab 3 Matematik Pengguna: Insurans (Part 2)

Melalui video ini, kita akan melihat beberapa aplikasi insurans dalam kehidupan seharian kita. Cara pengiraan premium bagi setiap insurans mempunyai sedikit perbezaan. Sebahagian kontrak insurans juga memperuntukkan deduktibel dan ko-insurans. Peruntukkan ini akan menyebabkan pemegang polisi menerima bayaran pampasan kurang daripada kerugian sebenar dan perlu menanggung sebahagian daripadanya.

Bab 4 Matematik Pengguna: Percukaian (Part 1)

Pentadbiran sebuah negara ialah satu proses yang rumit dan memerlukan peruntukan yang besar. Cukai merupakan sumber kewangan yang utama bagi sesebuah kerajaan untuk mentadbir urus dan membangunkan negara. Topik ini membincangkan tentang percukaian dengan lebih lanjut lagi. Dalam topik ini, terdapat beberapa subtopik yang perlu dipelajari oleh para pelajar seperti apa itu percukaian, jenis- jenis cukai, tujuan percukaian dan kemana cukai digunakan.

Bab 4 Matematik Pengguna: Percukaian (Part 2)

Dalam topik ini juga, para pelajar akan mempelajari lebih terperinci tentang cukai- cukai yang terdapat di Malaysia iaitu cukai pendapatan, cukai tanah, cukai jalan, cukai pintu serta cukai jualan dan perkhidmatan. Kami juga menyediakan template pengiraan cukai menggunakan “Microsoft excel” agar dapat memudahkan para pelajar utk menyemak jawapan mereka setelah membuat soalan latihan. Para pelajar boleh memuat turun fail excel tersebut dan kami juga menyediakan soalan latihan/ kuiz kepada para pelajar utk mengukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap topik ini. Di akhir pembelajaran, kami mengharapkan para pelajar dapat memahami percukaian dengan baik.

Bab 5 Kekongruenan, Pembesarandan Gabungan Transformasi

Topik ini akan membincangkan Bab 5 Matematik Tingkatan 5 iaitu Kekongruenan, Pembesaran dan Gabungan Transformasi. Terdapat 4 subtopik di bawah topik ini yang terdiri daripada 5.1 Kekongruenan, 5.2 Pembesaran, 5.3 Gabungan Transformasi dan 5.4 Teselasi.

Video ini menerangkan definisi bagi setiap subtopik. Dalam video ini juga akan menerangkan serba sedikit tentang sifat, kesan, jenis dan nota penting yang membantu meningkatkan pemahaman para pelajar terhadap subtopik yang dipelajari. Diakhir setiap subtopik akan diterangkan cara-cara menjawab soalan mengikut jalan penyelesaian yang teliti melalui contoh soalan dan jawapan yang diberikan.

Objektif video ini adalah untuk membantu para pelajar memahami Bab 5 : Kekongruenan, Pembesaran dan Gabungan Transformasi dengan lebih mudah.

Bab 6 Nisbah dan Graf Fungsi Trigonometri

Pada bahagian pertama, topik ini akan membincangkan perkaitan fungsi sinus, kosinus dan tangen bagi sudut dalam sukuan II, III dan IV. Kemudian, mengkaji hubungan nilai sinus, kosinus dan tangen dengan koordinat-x dan koordinat-y bagi sudut dalam sukuan II, III dan IV dalam bulatan unit. Selepas itu, cara menentukan nilai sinus, kosinus dan tangen bagi sudut dalam sukuan II, III dan IV yang sepadan dengan sudut 30°, 45°, dan 60° dan juga kaedah menentukan sudut apabila nilai sinus, kosinus dan tangen sudut tersebut diberi. Akhir sekali, menyelesaikan masalah yang melibatkan sinus, kosinus dan tangen.

Pada bahagian seterusnya, topik ini akan membincangkan cara melukis graf fungsi trigonometri y=sin x, y=kos x dan y=tan x bagi 0°≤ x ≤ 360° dan membandingbezakan ciri-ciri graf fungsi tersebut. Kemudian, mengkaji dan membuat generalisasi tentang kesan perubahan pemalar a, b, dan c bagi graf fungsi trigonometri dan akhir sekali menyelesaikan masalah yang melibatkan graf fungsi sinus, kosinus dan tangen.

Bab 7 Sukatan Serakan Data Terkumpul

Video ini membincangkan Matematik Tingkatan 5 Bab7 Sukutan Serakan Data Terkumpul. Dalam bab ini, terdapat dua subtopik iaitu serakan dan sukutan serakan. Dalam subtopik serakan, kita belajar tentang :
- cara membina histogram dan poligon kekerapan
-mentafsir serakan berdasarkan histogram dan poligon kekerapan
-membina ogif bagi suatu set data terkumpul serta mencari kuartil dan percentil daripada ogif

Manakala dalam subtopik sukatan serakan, kita akan belajar tentang :
-menentukan julat, julat antara kuartil, varians dan susihan piawai bagi data terkumpul
-cara membina dan mentafsir plot kotak bagi suatu set data terkumpul
-cara membanding dan mentafsir dua atau lebih set data terkumpul berdasarkan sukatan serakan yang sesuai
-cara menyelesaikan masalah yang melibat sukutan serakan bagi data terkumpul

Bab 8 Pemodelan Matematik

Topik ini akan membincangkan Bab 8 dalam Matematik Tingkatan 5, iaitu Pemodelan Matematik. Video ini menerangkan definisi pemodelan matematik dan mengajar pelajar cara menganalisis setiap masalah. Dalam video ini, terdapat beberapa contoh juga disediakan untuk mengajar pelajar cara menjawab soalan mengikut jalan penyelesaian masalah. Harap para pelajar yang menonton video ini dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang bab ini.