Dengan penuh kegembiraan dan kebanggaan, pelajar tahun 3 program Matematik Teknologi (3 BWA), Jabatan Matematik Dan Statistik, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) telah berjaya menganjurkan program STEMathics 2022 dengan kerjasama Center Of Computational Mathematical Applications (CERCOM) di SMK PENGHULU SAAT,PARIT SULONG pada 30 Mei 2022.
Selain meneruskan projek Maths Module Helper secara fizikal, project ini bertujuan untuk membantu meningkatkan pemahaman pelajar sekolah berkaitan kepentingan dan aplikasi matematik tingkatan 5 secara penglibatan aktif(demonstrasi, kuiz dan sebagainya. Project ini juga ingin membantu guru dalam menyampaikan silabus baharu Matematik Tingkatan 5 secara tidak formal di luar bilik darjah. Akhir sekali, melahirkan pelajar UTHM yang kreatif, kebolehan dan berkeyakinan diri untuk berkongsi ilmu pengetahuan kepada masyarakat luar.