Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah, dengan sokongan dan kolaborasi daripada Center of Computational Mathematical Applications (CERCOM) dan Kolej Kediaman Kampus Pagoh, pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Teknologi) dan Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Sains (Statistik Industri), Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) telah menjayakan program STEMathics Camp 2023 di Kolej Kediaman Pelajar, UTHM Pagoh pada 23 dan 24 Jun 2023. Program ini telah mendapat sambutan daripada lima buah sekolah angkat Fakulti Sains dan Teknologi (FAST). Program yang disertai oleh 98 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 sekitar Muar dan Batu Pahat melibatkan SMK (P) Sultan Abu Bakar, SMKA Pagoh, SMK Sultan Alauddin Riayat Syah 1, SMK Dato Amar Diraja dan SMK Penghulu Saat.
Antara objektif pelancaran STEMathics 2023 adalah untuk membantu pelajar sekolah menengah meningkatkan pemahaman berkaitan kepentingan dan aplikasi matematik tingkatan 5 secara penglibatan aktif seperti demonstrasi, kuiz dan sebagainya selain meneruskan projek Maths Module Helper secara fizikal. Selain itu, projek ini juga ingin membantu guru dalam menyampaikan silabus baharu Matematik Tingkatan 5 secara tidak formal di luar bilik darjah. Akhir sekali, projek ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti, keupayaan dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar UTHM untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai. Inisiatif proaktif yang ditonjolkan oleh barisan mahasiswa Tahun 3 jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Teknologi) dan Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Sains (Statistik Industri), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi adalah sebagai usaha sokongan universiti terhadap isu kritikal melibatkan keputusan matapelajaran Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kian hebat dibincangkan baru-baru ini.
HIGHLIGHTS
Pembelajaran luar bilik darjah yang dialami selama 2 hari 1 malam semasa program ini memberikan perspektif berlainan dari pembelajaran yang dialami di sekolah. Guru-guru telah menjalankan amanah dalam menyampaian ilmu kepada pelajar, namun memerlukan ekosistem sokongan agar pelajar lebih menghayati ilmu yang telah dipelajari di sekolah. Dengan adanya kaedah pembelajaran yang aktif dan interaktif sebegini, ia dapat meningkatkan kefahaman terhadap Matematik dan Statistik.
Aktiviti yang diijalankan semasa program ini dimulakan dengan pertandingan ExploreSTATS, kursus Microsoft Office Excel secara hands-on kepada guru-guru sekolah, pameran akademik dan sesi mentor-mentee pada sebelah malamnya. Program diteruskan pada hari kedua dengan riadah Matematik dan Olimpiad. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan sebenar di universiti di samping membantu mereka yang benar-benar berminat untuk menceburi bidang Matematik dan Statistik semasa menyambung pengajian dan seterusnya pemilihan kerjaya kelak.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rahman @ Abd Rahman Bin Selamat, Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Muar. “Pihak PPD dan sekolah mengalukan inisiatif pemindahan ilmu melalui Service-Learning Malaysia-University for Society (SULAM) dari universiti kepada komuniti. Ia diharapkan dapat membantu meningkatkan kualiti keputusan matapelajaran Matematik SPM sekolah-sekolah di daerah Muar dalam masa terdekat,” ujar beliau.
Program ini adalah sebahagian penaksiran terhadap kursus yang diambil oleh mahasiswa iaitu kursus Kreativiti dan Inovasi (BWU10202) yang mana menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat kepada komuniti.
Imbas
Kembali
GALERI MEMORI
AKTIVITI MENTOR-MENTEE
PAMERAN AKADEMIK
EXPLORESTATS
KURSUS MICROSOFT EXCEL KEPADA GURU-GURU
OLIMPIAD STEMATHICS
RIADAH MATHS